Jumaat, 16 Julai 2010

PESAKA JERANTUT SEMARAK DAN BERSATU HATI

Pesaka Jerantut semakin aktif mencari ahli-ahli baru untuk mencapai sasaran 500 orang ahli tambahan sehingga hujung tahun 2010 ini. Rabu malam baru ini (14/7/10) Rombongan pemantau Pesaka daerah telah turun padang berjumpa dengan ahli-ahli Pesaka di Kem seni mempertahankan diri Felda Sungai Retang, Jerantut yang sedang membuat latihan bersama untuk kejohanan silat olahraga negeri Pahang di Kuantan.

Pada bulan jun yang lalu Pesaka Daerah turun padang untuk memantau kem Seni Silat Pahang bdi Kampung Ulu Cheka, Jerantut. Di Majlis itu, diadakan majlis tahlil dan kemudiannya di ikuti demostrasi berbagai jenis persilatan kepada golongan belia tempatan.

Seramai 200 orang berkumpul dikem Felda Sungai Retang itu, bagi meraikan lebih 20 orang peserta yang akan bertanding diKuantan pada hari Jumaat 16 Julai 2010. Para guru utama dan guru-guru kaka juga berkumpul dengan penuh semangat memberi rangsangan kepada wira-wira yang akan bertanding.

Para ibu bapa juga datang memberi galakan supaya anak-anak mereka supaya bersemangat untuk menghadapi pesaing dari pasukan lain. Kerjasama ibu bapa sangat menggalakan kerana mereka yakin bahawa dengan menyertai persilatan, anak mereka mempunyai disiplin dan hormat kepada ibu bapa serta orang-orang tua. Ramai ibu bapa memberikan pendapat bahawa anak-anak muda yang menyertai silat setakat ini , belum ada yang tertjebak dengan salah guna dadah.

Dadah adalah musuh nombor satu sekarang terutama dikawasan Felda. Mereka berterima kasih kepada guru-guru serta jawatan kuasa penganjur atas kegigihan mereka mendidik dan melatih anak-anak mereka. Mereka supaya usaha ini diteruskan.

DiMajlis itu juga dilansungkan upacara minum dan mandi minyak yang sedang menggelegak didalam kuali diatas unggunan api, sebagai upacara biasa bagi menguatkan semangat dan membena jatidiri pejuang seni mempertahankan diri serta berdoa kepada Allah swt supaya dipelihara sepanjang hayat.

Didalam pertemuan itu juga Dato' Azizan Yaakob selaku YDP Pesaka Daerah Jerantut mengadakan kesepakatan supaya guru-guru mengambil sedikit masa untuk menerapkan ajaran Islam kepada pelajar-pelajar disamping mengajar ilmu persilatan. Pendidikan agama dijadikan sebahagian dari modiul pengajaran. Mana-mana guru-guru agama dijemput melibatkan diri  untuk tazkirah dalam jangka masa pendek supaya ajaran agama dimasukan sedikit demi sedikit kepada pelajar-pelajar.

PESAKA DAERAH MENGUCAPKAN SEMOGA BERJAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan