Selasa, 13 Julai 2010

PESAKA PANASKAN INJIN ORGANISASI

Pesaka Jerantut sedang giat mengaktifkan persatuan seni mempertahankan diri yang terdiri dari tidak kurang 10 jenis persatuan silat yang bergabung. Sejak Mesyuarat Agungnya berlalu Februari 2010 yang lalu, mesyuarat dan pertemuan kerap diadakan, supaya injin sentiasa panas dan ahli-ahli dapat merasakan bahawa Pesaka Jerantut benar-benar serius. Antara langkah yang diambil :

(1) Menyusun semula struktur organisasi semua persatuan-persatuan diperguruan masing-masing.

(2) Mendaftar dan mengemaskinikan pendaftaran Ahli diperguruan masing-masing.

(3) Mendefinisikan semula visi dan misi Pesaka Daerah agar terbentuk satu matlamat yang jelas dikalangan Anggota Pesaka.

(4) Program turun padang Pesaka Daerah bagi merapatkan hubungan antara Pesaka dengan Persatuan dalam Daerah Jerantut.

(5) Mengadakan promosi kempen 'kepentingan menyertai silat' dikalangan gulungan remaja/muda diutamakan kepada masyarakat dalam daerah Jerantut.

Semua pesatuan yang bergabung dibawah Pesaka diarahkan bergiat,mengembangkan keahlian dan sentiasa bersedia kerana Pesaka Derah akan turun padang dan bersedia menerima lawatan mengejut kelokasi latihan setiap perguruan, samada formal atau informal.

Sepanjang Tahun 2010 Pesaka menyasarkan keahlian meningkat seramai 3000 orang dalam daerah ini yang mana sekarang berada dirtahap 2500 orang yang berdaftar.

Semoga dengan usaha Pesaka, Perguruan dan ahli-ahli seni mempertahankan diri ini Persatuan lebih kukuh, jelas, berkarisma dan disegani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan