Ahad, 11 Julai 2010

SALAM PERJUANGAN DARI PESAKA JERANTUT

SEKAPUR SIRIH DARI MEJA PENERBIT

Kami mendoakan agar saudara saudari dikurniakan Allah swt kesihatan yang baik serta dikurniakan taufik dan hidayah dalam menempuh kehidupan sehari-hari. Kami mengucapkan selamat datang melawat kelaman kami yang merupakan Persatuan Seni Silat Melayu daerah Jerantut. Semoga, dengan adanya laman ini saudara saudari akan dapat mendekatkan diri dengan perkembangan seni persilatan melayu warisan nenek moyang kita terdahulu.

Harapan besar agar Seni mempertahankan diri terus menerus hidup sebagai satu-satunya seni budaya mempertahankan diri yang semakin meluntur dikalangan bangsa kita.Namun kami berusaha sedaya upaya agar warisan ini akan terus subur dan mendapat sudut dihati generasi muda agar kita tidak ketandusan warisan dalam masa mendatang.

Kami sedar bahawa ada setengah anggapan seni mempertahanakan diri dianggap tidak releven dengan zaman kini yang mengagungkan sains dan teknologi. Dan sesetengah pihak berpendapat bahawa seni pertahanan diri tidak mempunyai nilai ekonomi. Namun demikian, kami berusaha untuk menjadikan seni pertahanan diri ini sebagai satu cabang sains (ilmu) yang membentuk individu dan masyarakat berdisiplin, ada harga diri, menolak kebatilan, berpegang teguh kepada kalimah Allah.

Dari segi perjuangan kami juga membina satu jati diri bahawa bangsa melayu itu adalah bangsa besar menjadi tuan kepada negara ini serta tidak boleh diperendahkan oleh mana-mama pihak kerana bangsa ini mempunyai hulubalang nya dan tidak mudah diapatahkan. Harus kita sedar bahawa kehidupan didunia ini  tidak semua perkara terletak pada duit. Ada masanya duit tidak berguna. Lihat sahaja zaman dharurat, seguni wang untuk sesuap nasi.

Moga dengan lahirnya laman pesaka ini segala yang tenggelam selama ini dapat dipersembahkan semula serta mengingatkan bahawa warisan kita tetap hidup sambung menyambung. Jemputlah bermain digelanggang kami. Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan