Isnin, 19 Julai 2010

PESAKA JERANTUT CEMERLANG DIKEJOHANAN PAHANG

Seluruh warga Pesaka  menyambut gembira kepulangan wira-wirati seni mempertahankan diri Daerah Jerantut yang berjaya membawa pulang 8 pingat   sempena kejohanan silat olahraga anjuran Pesaka negeri Pahang diKuantan.

Pengurus Pasukan Pesaka Daerah Jerantut Mohd Zailani Zainal Abidin memaklumkan bahawa prestasi peserta pada tahun ini lebih baik pada tahun lepas. Semangat peserta juga konsisten dan tidak mudah mengalah.

Menurut Zailani lagi, walau pun latihan mengambil masa yang terlalu singkat dan banyak kekurangan, pencapaian itu sangat membanggakan. Beliau yakin tahun hadapan lebih banyak lagi pingat dibawa pulang jika cukup latihan dan kelengkapan.

Peserta Jerantut banyak menghadapi saingan sengit dengan mereka yang cukup terlatih sebagai peserta  SUKMA. Bagaimana pun semangat yang kental dapat berdepan dengan mereka berkenaan. 

Pesaka Jerantut, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak samada jurulatih, ibu bapa, masyarakat setempat yang memberi sokongan moral dan galakan kepada peserta bagi menjayakan penyertaan tersebut.

Pesaka Jerantut juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Sdr. Mohd Adil Mohd Zain dari Celcom kerana memberi sokongan moral dan material kepada peserta semasa pertandingan tersebut.

Dato' Azizan Yaakob selaku pengerusi Pesaka Daerah menghantar sms ucapan "tahniah kepada semua peserta kerana mengharumkan nama Jerantut" Beliau akan hadir keMajlis pertemuan yang akan diadakan 24 Julai 2010 ini diFelda Sungai Retang.

HIDUP SENI WARISAN BANGSA