Isnin, 22 November 2010

SENI SILAT MELAHIRKAN MODAL INSAN MASA DEPAN -TPM





Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin galak generasi muda tanah air menyertai Pertubuhan Seni Silat Melayu kerana ia membentuk modal insane yang cemerlang.

TPM juga menyarankan supaya gerakan itu berterusan serta pertubuhan ini juga terus menerus mencari jalan mempengaruhi generasi muda melibatkan diri termasuk kesekolah-sekolah dan Pusat pengajian Tinggi negara.

Modiul latihan silat mempunyai kekuatan tersendiri untuk melahirkan pemimpin pada masa depan. Kerana modiul seni silat ini melibatkan setiap gerak seni dan disiplin sejak berates-tahun dahulu.

Sekira ia benar-benar baik akan menarik minat bukan sahaja orang melayu malah juga bukan melayu katanya ketika berucap diMajlis Perhimpunan Pertubuhan Seni Silat Lincah (PSSLM) diKepala Batas, Pulau Pinang Sabtu 20/11/10 yang lalu.

Sebelum ini Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak berucap dalam seni silat Gayung Malaysia mengatakan Pertubuhan seni silat adalah pasukan pertahanan negara ketiga selepas pertama angkatan tentera, keduanya pasukan pertahanan awam.

PESAKA dikesempatan ini menyeru ibu bapa agar berfikiran terbuka supaya menggalakan anak-anak mereka menyertai pertubuhan seni silat dimana tempat terdekat dan perguruan yang menawarkan perkhimatannya.

Diyakini anak-anak akan menjadi sihat dan cergas, berdisiplin serta dapat menjauhkan dari gejala yang merosakan masa depan anak-anak