Jumaat, 6 Ogos 2010

PESAKA TIDAK LIBAT POLITIK

Pesaka Jerantut tidak terlibat dalam apa arahan untuk menyertai parti politik mahu pun NGO lain. Tidak pernah membincangkan urusan itu dalam mana-mana mesyuarat atau perjumpaan.

Bagaimanapun, Pesaka tidak menghalang mana-mana individu menyertai mana-mana parti politik atau badan lain yang menjadi pilihan mereka. Jangan seret Pesaka dan mentohmah Pesaka tanpa bukti yang kukuh.

Jika ada ahli ahli Pesaka aktif dalam minat politik dan NGO lain itu adalah kebetulan, kerana dalam sebuah daerah atau kampung kebanyakan mereka yang aktif  banyak persatuan adalah individu yang sama. Jangan libatkan Pesaka. Kita mesti hormat perbezaan pilihan sesama ahli.

Kenyataan ini, bagi mengulas sebuah laman blog yang menuduh Pesaka memainkan peranan dalam Perkasa. Tidak dinafikan bahawa ada dikalangan ahli pesaka juga adalah ahli Perkasa, UMNO, PKR, PAS, Belia, dan persatuan-persatuan lain. Setakat ini pimpinan Pesaka masih percaya kepada kebebasan.

Lagi pun Perkasa adalah NGO yang memperthankan hak-hak melayu dan Islam dinegara ini. Pesaka pun matlamatnya adalah sama mempertahankan keutuhan melayu dan Islam melalui seni mempertahankan diri. Apa bezanya?. Perjuangan mesti ada matlamat. Perjuangan tanpa matlamat adalah sia-sia dan dungu.

Apa yang pesaka tidak minat adalah berjuang untuk memecahkan umat melayu dan Islam. Selagi ianya bertujuan melindungi melayu dan islam  serta menyeru kepada usaha bersatu maka ianya tidak bertentangan dengan Dasar Pesaka. Ahli-ahli bebas memilih.

Pesaka Jerantut ada membantu untuk mendorong semangat peserta kekejohanan diKuantan tetapi tidak sepenuhnya. Bantuan tersebut dihulur melalui ketua kotinjen Rombongan tersebut. Pesaka Jerantut tidak dapat membantu sepenuhnya kerana Pesaka Jerantut belum ada sumber hasil melainkan datang dari sumbangan individu. Persatuan-persatuan dipihak mana perguruan juga digalak mencari sumber sendiri bagi biaya sesuatu program.

Walau bagaimana pun pesaka bertanggung jawab menyelaras, memantau  penyertaan daerah Jerantut. Sejauh ini Pertandingan anjuran negeri itu tidak menjadi ajenda rasmi Pesaka daerah lagi kerana ia baru proses mengenal bahawa program itu akan dimasukan sebagai program tetap tahunan sekiranya ia berterusan.

Terimalah perbezaan pandangan, pilihan itu sebagai orkestra dalam pesaka. Jadikan ia satu kekuatan bukan satu kelemahan. Kita jadi besar dan kuat kerana menghargai perbezaan. - Setiausaha Pesaka Jerantut.

1 ulasan:

  1. salam s/u ...

    Tepeklah logo pesaka jerantut dan tolong masukkan blog silat seni melayu pahang @ www.tarisilatpusaka.wordpress.com dalam blog pesaka jerantut , t/k

    wassalam

    BalasPadam