Ahad, 1 Ogos 2010

SENI TOMOI SEMAKIN DIMINATI DIPAHANG

Seni mempertahankan diri 'Tomoi' semakin diminati dan berkembang dinegeri Pahang sejak kebelakangan ini. Kem-kem latihan juga telah mendapat sambutan orang ramai khususnya dikalangan generasi muda dinegeri ini.

Pengerusi Seni Tomoi Daerah Jerantut Yusri Ishak yang juga Jawatan kuasa Tomoi negeri Pahang,  memberi tahu bahawa minat terhadap Tomoi meningkat dapat diperhatikan baru-baru ini satu pertandingan diadakan selama empat hari (malam) di Dewan Sungai Jan, Jerantut sentiasa penuh walaupun harga tiket pertunjukan RM 10.00 bagi seorang penonton.  

Kementerian Belia dan Sukan juga difahamkan telah mengiktiraf seni Tomoi selaku sukan lasak sudah tentu akan menyemarakan lagi perkembangan seni tersebut dikalangan generasi muda.

Persatuan Seni Tomoi daerah Jerantut akan membuka sebuah gelanggang dibandar Jerantut dalam masa terdekat ini bagi menampung permohonan untuk mempelajari seni itu disini. Pelatih-pelatih tempatan akan mengendalikan latihan dan terdapat juga pelatih dari Thailand akan turut mengembangkan ilmunya disini nanti.

Menurut Yusri lagi "memandangkan Seni Tomoi yang dipertandingkan diJerantut baru-baru ini berjaya dan mendapat sambutan hangat maka persatuan Tomoi Daerah Jerantut merancang akan mengadakan pertandingan peringkat antarabangsa sekitar bulan oktober nanti dijerantut. Persiapan sedang diatur". katanya ketika ditemui semalam.

Yang DiPertua Pesaka Daerah Jerantut, Dato' Azizan Yaakob  meminta semua pihak termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan swasta agar dapat memberikan kerjasama yang baik dalam membina minat golongan muda untuk terus bergiat dalam apa-apa juga bidang seni mempertahankan diri. Disamping membangunkan potensi ia juga dapat mengatasi masalah gejala sosial melanda masyarakat kita dimana-mana, katanya ketika dihubungi oleh Pesaka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan